saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Monday, November 21, 2011

Gud Job HaRimAu MalAya


Video Gol Penalti Kemenangan Malaysia Vs Indonesia !

Salam Semua..( entry ini ditulis dgn penuh rasa bangga + sebak + sngt2 happy )

As semua org tahu....(de yg tak tau ker hehhe)...harimau malaya melangkah ke final bola sepak Sukan SEA 2011, walopun memang kite dia dalam kumpulan sngt2 bahaya + dgn negara Indonesia yg sangt2 nak masuk group kite (nak belasah kite la tu)....AlhamdulillAh kite Berjaya mengenggam EMAS dlam bola sepak Sukan SEA 2011 ini.....berkat kesabaran, kekuatan mental + fizikal pemain2 kite...kite berjaya mengaharungi segala kepayahan untuk sampai ke peringkat ini ...SYABAS HARIMAU MALAYA.....banyak cabaran + ketidakpuas hati pihak penganjur ( INDON lA tu ) menghentam pemain2 bola sepak kite , sampai coach kite pun kene gantung satu perlawanan tp itu semua tidak mematahkan semngat pemain2 kite.Indonesia sepatut nye lebih bersikap profesional...semngat kesukanan pada mereka mempunyai maksud yg lain ..perkara seperti ini tidak sepatut nye berlaku tp sekali lagi Allah itu Maha Adil dan Penyanyang...berkat kesungguhan pemain2 kite + doa2 semua rakyat Malaysia ....kite berjaya !!..SYABAS....semoga indonesia mengambil pengajaran dan iktibar atas semua ini ...jangan memandang rendah org lain sesuka hati....kene ingat Allah itu Maha Berkuasa...Sekali lagi


SYABASSS HARIMAU MALAYA...!!!We proUD To BE MAlAysiAn...........!!!!

SELAMA NYA , SELAMANYA, SELAMANYA HARIMAU MALAYA .....!!



pETIKAN dR BH


Harimau 'ngap' Garuda
    2011/11/22

Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di Jakarta

SKUAD bola sepak gah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.

Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama.

'Keletihan kami sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi. - Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Harimau Muda'


 * terima kasih buat pemain2 bola sepak indonesia yg  profesional

No comments: