saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Monday, August 31, 2009

Happy BirthdAy AyAh ..n Happy MerdekA


tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh ...

tarikh keramat .....2 peristiwa...

1st m'sia mencapai kemerdekaan daripada penjajah.......dah 52 tahun kite merdeka ....
alhamdulillah ......hope m'sia terus aman makmur...( kerajaan jangan la kedekut nau...minyak naik ooo huhuhu ) dan semoga M'sia di hindarkan dengan musibah yang tak elok.....dan dilindungi Allah sentiasa ...amiin



2nd...my lovely father birthday ....dia lahir memang mase org tgh laungkan kemerdekaan
memang anak merdeka ayah ni ..... every year ade la sambutan nye dari pihak2 tertentu...biasa la anak merdeka la katakan...dari kiteorg kecik sampai besa ade jek majlis sambutan besa-besaran birthday ayah.....yg paling tak lupa ..ayah ketuai naikkan bendera ma'sia mase malam 31 ogos di melaka.....wah mase tu kecik lai darjah 5 kalo tak silap ....bangge ooo hehehehe
aper2 pun ...di usia 52tahun ni ..harapan kami semua adik beradik dgn ibu tercinta harap ayah sentiasa shat ..di murahkan rezeki, dilindungi Allah ...dan sentiasa berbahagia di samping anak, menantu, cucu, kuarge tersayang ...muahhh sayang ayah ....

MinyAk nAikkk....

Semalam saper tgk berite.....eii minyak naik ....banyak lak tu ....dah la nak raya ni ..nanti semua bahan makanan naik .....ayik naik naik naik.......kater nak tolong rakyat ..... kalo nak naik pun jangan la terus banyak sngt ...cian kat rakyat yg berpendapatan rendah ..sikit udah ler..

aper ler.......
SABO jek lAAAAAAAAAA......



naik beskal jek la huhuuh

Thursday, August 27, 2009

Akid demam 3 BulaN




akid da 3 bulan 26hb bulan aritu .....pastu kene cucuk 3 bulan biasa ar si kenit ni asal kene cucuk jek mesti demam...so far doc kater normal ...sebb ubat tu nak match ngan bdn dia....tapi syian arr akid ibu ni kalo demam badmood jek.....nak berdukung jerk....tido tak lena ...minum tak kenyang ...pastu tak mandi hehehhe(ceh macam angau jek pulak)

alhamdulillah setelah 48 jam demam ...arini dia dah chat sikit dah ..pale n badan tak panas lai ....hopefully akid ok ye cayunk....muahhhhh ibu miss u lots......

Wednesday, August 26, 2009

bERbUKE sESaMa sTAf SSeSb

Akid ngan Uncle Halim


The EngineerINg Staf


Ibu N AyAh + The FooD..hehuhu


Akid Yang MoodY ...MuaHH busYuk


Semalam kiteorg berbuka together-gether kat CenturY mAhkota , Melaka.....bos belanje + donate sorang sikit..kire ok la....dah 2 years kiteorg makan kat sana .....bukan ape...sana memang besh makanan pun banyak ( ceh promote)...sampai nak termuntah makan .....chef kat situ asyik top up makanan jek kije nye mane tak ..?..tapi yg tak bape best bby akid demam malam tu...baru lepas kene enject so dia bad mood jek ...nak berdukung jek ....syian akid

so far menu diaorg pun ok ....banyak gile macam2 ade...sampai tak termakan....makanan pun sedap ....puas hati sngat ....so next year kite pi lai nak .....ok tak BOSSS ehhehehe
dlam ramai2 ni ade gak staf yang tak pat dtag ..atas sebab2 yang tidak dpt di elakkan .....
takpe next year kite pi lai eh.....

anyway THAnk You Boss...

*tunggu majlis berbuka comp pulak ...kat mane lak tahun ni ek

Sunday, August 23, 2009

SelamaT DataNg YA RamadHAn



hah...ader yg tak pose ker arini ..?
huhuh jagan monteng yerk...kalo terpakse takperr....
sekali lagi kiter berkesempatan menyambut Ramadhan bersam
a...AlhamduliLlAh
tahun ni yun berpuasa dgn org baru dalm keluarga ...its my bby...dia tak der la pose tapi..dia ni jam ibu dia untuk bangun sahur..thanks bby akid heheh

Tahun ni tak tau la ..dpt tak berterawikh...sayu jek rase hati ni da bbrape hari ni lum lai dpt berterawikh....jelesss dgn org yg dpt pergi...insyallah yun akan cube buat jugak ..walopun tak dpt pergi beramai2 sembahyang di surau ...yun akan cube b
uat sendiri di rumah ... chaiyokkkkk

So.....SELAMAT dtg Bulan IbaDat ....SelamAt BerpoSe kepAda SemuA.....



Thursday, August 13, 2009

Merangsang Perkembangan Bayi


Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius. Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.

BAYI BARU LAHIR HINGGA 6 BULAN

Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah seperti mana yang dibincangkan sebelum ini.
Belajar sambil bermain Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan. Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam 憁engajar� bayi anda adalah: . Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. . Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya. . Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu. . Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya. . Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan. . Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda. Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan


Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat.
Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya. Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah: . Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya. . Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan. Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun


Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah: . Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya. . Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya. . Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.

Monday, August 10, 2009

WahAi IsteriKu......

BAGI SEMUA LELAKI HARGAILAH ISTERI ANDA SEADANYA……

SAYANGILAH DIRINYA SEBAGAIMANA KAMU MENYAYAGI DIRI SENDIRI…

KERANA IA ADALAH ANUGERAH TERISTIMEWA BUAT ANDA….

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

H1N1....


wAbak yg semakin menular....risau tol yun ..risau kat ayah kat ibu kat adik2 ...kat hubby kat bby akid...kat diri sendiri ...ehh kat semua la umat islam di dunia ni ...

yun amik gak langkah2 keselamatan .....alwaz wearing the mask apabile kat tempat awam....alwaz wash hand bile sentuh or guna brg awam.....minum air banyak...ade org ckap makan n minum susu segar......ni boleh menghindar kan kene wabak ni ..... makan vit C ( tuk sistem imunisasi n hindarkan kene selsema) ..makan madu..

macam2 buat ....bukan ape kite kene usaha ..risau ..........


Abdul Rahman bin Auf telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah berkata:


"إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ، فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ. وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَاراً مِنْهُ"

Maksudnya:
“Apabila kamu mendapat tahu bahawa ia (wabak penyakit) itu telah melanda satu tempat, maka jangan kamu pergi ke tempat itu (yang telah dilanda wabak penyakit). Apabila ia (wabak penyakit) telah melanda tempat yang kamu sedang berada dalamnya, maka janganlah kamu keluar (dari tempat kamu) untuk melarikan diri daripadanya (wabak penyakit)”.
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

ps: berkuarantinlah di rumah sekiranya anda diminta berbuat demikian. Sama-samalah kita membanteras INFLUENZA A H1N1!


'Ya Allah ..Tuhanku Yang Maha MelindungI dan Mengasihi ....

lindungLah KeluargaA Kami Semua.....' amiin Ya Robbal Alaminnnnnn

Monday, August 3, 2009

CuKur JambuL n AkikAh...

19hb july aritu balik kpg...da bis pantang da mase ni 44 haritu....sempat lai tu cabut balik kpg...makcik la dia buat yasinan kat umah dia...so berhajat nak buat cukur jambul cucu secara dia.... si danial (anak buah) ngan akid sekali ...majlis ptg masak bubur lambuk ermmm dap sngt (actually dah lama tak makan sedap2)....ramai gak ar tetamu..panas sampai akid mengamuk2 kepanasan...heheh tapi mase marhaban tu dia ok lak senyap jek org tepung tawar kepala dia ...hahaha sejuk gak nye .....

akid Budak baik hehe....

Akid n Ibu...


Akid n AyAh

LAst Week lak 1 ogos buat akikah Akid ngan kenduri doa selamat sekali...buat malam sejuk jek malam tu baru pas hujan ....akid good boy..baik ...tak meragam pun...but org ramai ..biasa la...dia tido lambat menyibuk jek bile dgr org borak2 tak nak tido hehehe...kul12 gak la tido..ayah org suh tidokan akid ...dia yg tido..hehhehe..anyway thanks to Opah ( mak mentua) ngan adik2 sudi dtg ....

AkiD , OpaH n Mak Pak SeDara...

Akid Nak MiNum la...Ibu AyAh ..



Akid noW....
Dah Pandai ..Borak ...Ketawa....nangis ngade2...egege geget

AlhamDulillaH ....

alhamdulillah ....yun selamat melahirkan bby boy on 26 may 2009...12.50pagi....suke..happy...syukur sngt sebab dipermudah kan bersalin.....actually yun dah overdue 7 HARI....heehe bby suke duk dlam perut mak dia....so kena induse to take bby out...sian bby....yun admit wad 25 may...2 stgh ptg induse...stay tak le bangun 2 jam + buat CTG + dia bagi makan ( coz mase tu dah time makan malam dlam 5 lebih ptg) ...still tak sakit ...so yun ape lai pi kuar dari kamar bersalin tu cari ibu ayah ngan hubby kat luar...kat luar siap makan bubur ibu masak (nasi spital tak best)...dah makan2 7am yun masuk balik...kul 9 doc dtg check baru bukak 2cm...so doc decide masuk 2nd ubat ...urm..so 2nd time induse after 2 hours melayan sakit perut nak beranak + teran...yun selamat mengeluar kan si kecik tu ....

but yg klakar nye ....tak sempat nak pi kamar bersalin....yun dah terberanak kat bilik rawatan..kelam kabut nurse and doc...nurse check dah full buka...doc dtg dah nampak pale bby ...pecahkan ketuban ..terus teran ...dlam 5-6 kali teran ...selamat bby kuar ...alhamdulillah sakit pun tak lama .....syukur sngt2..duk spital pun tak lama ptg 26hb tu dah kuar.....eii tak kose mak duk lelama kat spital ....
nampak muka bby sejuk perut ngandung......tak rase sakit pun beranak....pasni le lai la...tapi tunggu bby besa sikit ..nanti ley jaga adik..

so selama 2 bulan berpantang ...da masuk balik kije da....sayang tol nak tinggal kan bby ..cedey jek rase ..tapi kene jugak ...kang sape nak bagi makan hehhehe

thankq Allah...for your give..

MUHAMMAD AKID HAFIY B. MOHAMMAD ARIF

Sempat Lai tu ...heheh


FresH lAi nI ....


Dah SeMinggU da....

i Am Back...

Haluuu ...alhamdulillah yun dah selamat masuk Kije balik huahahhaha.....