yun terpanggil untuk share info pasal botol susu untuk bayi and kanak2 ni .....isu ni sebenar nye dah lama sngt ....cume dkt malaysia ni baru2 baru nak ambil tindakan ...itu pun yun pasti atas tindakan org awam yg dah beberapa kali mengadu kepada badan kerajaan agar mengharam kan penggunaan botol susu yg mengandungi BPA....banyak kesan sampingan bila bayi or kanak2 mengguna kan botol susu yg mengandungi BPA .... Yun pun selalu beli botol susu yg Free BPA tuk akid.....tapi ader jugak 'terbeli' yg BPA huhuhuh.....tapi yun akan amik langkah berjaga2..aper yg yun buat ...yun akan guna botol susu yg ader BPA ni selama tak lebih 3 bulan shj....lepas tu walopun dia masih cantik yun akan buang .....memang kije yun asyik beli botol susu .....but lately ni yun dah stop membeli botol susu BPA......memang kalo nak beli botol susu yun akan make sure cari yg free BPA....siapa yg tak nak yg terbaik tuk anak masing2 kan ....Alaa tak mahal mane pun botol susu Free BPA ni ....macam2 brand ader....ingat kuasa memilih di tangan kite sendiri......
kat bawah ni ade artikel yg yun paste dari sebuat website ni tuk kite kongsi bersama....
Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu?
Kod Plastik
Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.
Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah. http://myebiznet.webs
tapi kenapa gomen nak haram kan pengunaan botol susu ni start awal tahun depan yer.>? kenapa tak sekrg serta merta....tak paham betol ......
Botol Susu BPA
Botol SUSU FREE BPA.....
ingat yer kawan2 back to basic...aper2 pun kuasa memilih di tgn kite sendiri ....
More Info SILa BAca...! From Kementerian KEsihatan
No comments:
Post a Comment