saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Tuesday, July 8, 2008

PiSang And HaTi.....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan
Yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid
Dimintamembawa beg plastik yang berisi pisang yang
Tertulisnama orang yang paling mereka benci ke kelas
Padaesok Hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
Bergantungkepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic
Berisipisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji,
Ada juga lima biji Dan paling banyak lapan biji. Semuanya
Sudahditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang TU. Jangan lupa bawa ke mana
Sahajakamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.
Selepas seminggu, Kita akan tahu keputusannya” beritahu
Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing
Didalam beg. Hari demi Hari berlalu, pisang tersebut mula
Berbintik-bintik Dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak
Itumula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai
Permainanitu lagi kerana selain beg berat, badan berbau
Busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan
Permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam
Sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak Ada lagi
BebanDan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke
Sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan
Itu. Mereka hilang kawan, sering diejek Dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain
Dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau Kita simpan
Perasaanbenci pada orang lain dalam hati. Bau busuk
Kebencianitu akan mencemari hati Dan Kita akan
Membawanyake mana saja Kita pergi. Jika kamu sendiri
Tidakboleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk
Seminggu, Cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu
Simpankebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu
Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang
Jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup

. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik
Daripada membenci…!Ingat Ya....

No comments: