saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Wednesday, May 11, 2011

TeH Owh Teh ....

hey kawan2 heheheh ..(ala2 upin ipin )....kali ni yun nak kongsi psal info kesihatan .....

Teh hijau > yun memang tgh amalkan minum teh hijau ni at least sekali dalam sehari ....kalo tak dpt pagi2 ..malam sebelum tido yun akan minum .cara minum rendam air suam (jgn air panas mendidih dikhuatiri air mendidih mengurangkan khasiat teh itu) jagan sesekali menambah susu ( nak buat cam teh tarik pulak eehehhe) sebb nye sama nanti susu boleh menjadikan teh hijau kurang berkhasiat , sebaik2 nye minum teh hijau ni tanpa gule ..diulangi TANPA GULA ye kawan2 ....rase memang pahit, lelama ok sedap jek.....so far alhamdulillah badan sihat lai .....jarang sakit ( insyallah ) pembuangan air besar dan kecil sangt lawas..yun amal kan minum teh hijau BOH ....lepas ni yun nak try cari teh putih (white tea) pula sebb white tea ni khasiat dia lebih baik dr green tea..........memang banyak khasiat nye teh hijau ni ....antara nye ...yun paste kat bawah ni eh ...rerajin la membaca heheh>>>

Teh Hijau (Green tea)

Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan sahaja.

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
 Dan Lagi>>
  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Teh PutiH ( White tea )
Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.


Antara Teh yang tinggi khasiat nya 

Teh Peria >> 
 

  1. Peria juga mengandungi vitamin seperti Vitamin A, B1, B2, C dan Zat Besi. Penggunaan secara kerap dapat mencegah kebanyakan komplikasi seperti Hipertensi, Komplikasi Mata, Neuritis dan Kecacatan Metabolisme Karbohidrat.
  2. Peria bermanfaat bagi rawatan gangguan darah seperti masalah cepat marah, kudis, kegatalan, psoriasis, kurap dan penyakit kulat.
  3. Jus segar daripada Daun Peria boleh dijadikan ubatan berkesan untuk kolera peringkat awal serta lain-lain masalah seperti cirit-birit pada musim panas.
  4. Ekstrak daripada peria boleh melambatkan pertumbuhan atau penyebaran sel-sel kanser terutamanya kanser payu dara.

    *  tidak terlambat lagi jika kite sama2 nak jaga kesihatan ....teruatama nye kepada kaum2 IBu ....yg memang da tersedia sibuk dalam kerja2 seharian ......dan semoga info ini kite dpt menafaat kan bersama .....

3 comments:

@yu.. said...

Good!!

Skrg ni ayu pun tgh amalkan teh hijau.. tapi ayu minum jenama CANE.. Kalau kak nurul gi Tesco, ada kedai cina yang kat sebelah Gudiance tu, haa kat situ ada jual..

Apa2 pun nnt nak try white tea pulak la.. =)

UyuNs NuRuls said...

tu la ayu..bagus tuk usu kan ....heheh

Unknown said...

Baru nak try minum
Tq atas perkongsian yg berguna ini