saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Tuesday, May 31, 2011

Bahagian 2 > Baby GirL or BabY Boy ..?

wah sambungan dari SINI ya kawan2 ......cube bace dan paham kan ..yun pun tgh blajar ni ...dan dah apply pun hehhe aper2 pun kuasa TUhan .....kite just merancang ....yg penting usaha ...chaiyokkk ..!

yg Ni teori cina purba....actually ramai dah guna....banyak version yg yun dpt...tp yun paste kan yg ni ...so kepada siapa yg tak paham jgn segan silu message yun eh ...private message

 kalo tak nampak sila copy 

TEORI CINA PURBA
Bayi Lelaki or Perempuan 
1. petak2 melintang menunjukkan tingkatan umur seorg perempuan yg telah medirikan rumahtangga yg dimulakan dari umur 18 tahun hingga 45 tahun
2. umur di bawah 18 tahun masih belum dpt ditentukan dan 45 tahun adalah umur maksima wanita boleh mengandung 

3. petak2 membujur ke bawah menunjukkan bulan2 dalam setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember masa wanita datang haid.

4. Huruf2 P dan L bertaburan dalam carta adalah simbol untuk perempuan dan lelaki 

5. Katakan anda mula mengandung pada bulan 2 ( lihat membujur 2 kebawah ) dan ketika itu anda berumur 23 thun 3 bulan ( lihat di petak melinyang 23 ) anda akan memperolehi anak lelaki.

6. jika anda berumur 23 thun 9 bulan anda mestilah melihat pada petak 24 kerana 9 bulan sudah melebihi 1/2 tahun dan keputusan nye anda memperolehi anak perempuan.

7.anda boleh menguji kebenaran rajah ini degn anak2 anda yg telah lahir dan ingatkan bulan berapa anda berhenti haid serta berapa umur anda ketika itu dan lihatlah keputusannya.

8. carta ini telah diuji di kalangan 100 pasangan di sebuah pejabat kerajaan dgn keputusan 100% ketepatan 

9. semestinye kerjasama diantara suami isteri amat penting Insyallah akan terhasil...amiiin


dan lai satu yun share petua tuk dptkan anak perempuan

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so
sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

OKEy selamat mencuba !






No comments: