saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Monday, June 6, 2011

RejAb....

yun hutang lai pasal besday budak tecit tu ......kabel lupa lai nak bawa ehehhehe ampun ya penunggu gua.....but yun nak paste aboout Bulan RejaB yg MUlia...peringatan untuk diri sendiri sebenar nya......

“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.” 

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:” 

1. 
Barang siapa yang berpuasa 
1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH S.W.T
 
2. 
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi’raj akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa 
 
3. 
Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 
 
4. 
Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab 
  maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 
 
5. 
Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah 
 
6. 
Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 
 
7. 
Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.” 

 
Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” 

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.” 

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?” 

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

"yun Berazam berpuasa di bulan rejab kali ni tak kira la banyak mane pun dpt  amiinnn...semoga dipermudahkan "

Tuesday, May 31, 2011

cERITa paSaL aKIdO....PART 2


nak cerita psal akid part2 ...tp kamera bawa kabel tak bawa pulok.....tak besh cite ta der gamba akid tiup lilin huhuhu .....sabar dulu eh ..sok insyallah yun update

layan kan jek la eh akid bukak present untie zana and untie ayu bagi...TQ UNTIE akid sukerrr......!
Ibu Yayah Hutang Present lai kat akid yer....hehheh ibu tgh pikir lai nak bagi aper ni hahuhauahah

Bahagian 2 > Baby GirL or BabY Boy ..?

wah sambungan dari SINI ya kawan2 ......cube bace dan paham kan ..yun pun tgh blajar ni ...dan dah apply pun hehhe aper2 pun kuasa TUhan .....kite just merancang ....yg penting usaha ...chaiyokkk ..!

yg Ni teori cina purba....actually ramai dah guna....banyak version yg yun dpt...tp yun paste kan yg ni ...so kepada siapa yg tak paham jgn segan silu message yun eh ...private message

 kalo tak nampak sila copy 

TEORI CINA PURBA
Bayi Lelaki or Perempuan 
1. petak2 melintang menunjukkan tingkatan umur seorg perempuan yg telah medirikan rumahtangga yg dimulakan dari umur 18 tahun hingga 45 tahun
2. umur di bawah 18 tahun masih belum dpt ditentukan dan 45 tahun adalah umur maksima wanita boleh mengandung 

3. petak2 membujur ke bawah menunjukkan bulan2 dalam setahun bermula dari bulan Januari hingga Disember masa wanita datang haid.

4. Huruf2 P dan L bertaburan dalam carta adalah simbol untuk perempuan dan lelaki 

5. Katakan anda mula mengandung pada bulan 2 ( lihat membujur 2 kebawah ) dan ketika itu anda berumur 23 thun 3 bulan ( lihat di petak melinyang 23 ) anda akan memperolehi anak lelaki.

6. jika anda berumur 23 thun 9 bulan anda mestilah melihat pada petak 24 kerana 9 bulan sudah melebihi 1/2 tahun dan keputusan nye anda memperolehi anak perempuan.

7.anda boleh menguji kebenaran rajah ini degn anak2 anda yg telah lahir dan ingatkan bulan berapa anda berhenti haid serta berapa umur anda ketika itu dan lihatlah keputusannya.

8. carta ini telah diuji di kalangan 100 pasangan di sebuah pejabat kerajaan dgn keputusan 100% ketepatan 

9. semestinye kerjasama diantara suami isteri amat penting Insyallah akan terhasil...amiiin


dan lai satu yun share petua tuk dptkan anak perempuan

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so
sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

OKEy selamat mencuba !






Wednesday, May 25, 2011

cERITa paSaL aKIdO....PART 1

today AKID turn to 2 years old....masih teringat lai mase yun lahir kan dia 2 tahun lepas...tepat pukul 12.30 am akid dilahir kan dgn bantuan induce.... atas kater lain kene pakse heheh sebb da lewat 8 hari ..doc tak nak tunggu coz paling lambat tunggu 10 hari....laipun mase tu da 1cm bukak .....so doc sumbat ubat jek bagi gesa kuat , dua kali lak tu ...masuk pil ....kene seluk jagan ckap la sebelum beranak sampai lepas beranak ade la 6 kali kene seluk ....macam2 tangn yg seluk heheheh dari doc perempuan , doc lelaki india, doc lelaki cina , doc lelaki melayu.....staff nurse lai .....memang muhibah tol hahahhahaha

 Dalam nak Msuk ke 2 tahun ni macam2 da perangai akid buat....nak2 capai ke angKA 2 NI ....dia nye demam la batuk la selsema la (complete set) dtg...ni pun tak baik lai batuk dia ...selsema da nampak kurang ...doc ckap kiteorg de history keluarga ASMA....so memang tanda2 ASMA ade so memang salah satu nye kalo batuk or selsema lambat nak baik ......meragam satu hal ...skrg akid da jadi PAK LALAK...pantang salah sikit mula la .....padahal mende kecik jek nak jadi sebb nak MELALAK kan hehheheh....memang kekdang tak saba jugak yun ngan hubby kene jugak la se das dua dgn hanger ...adoyai .....AKID AKID .....so ade org ckap nak buang ragam dia kene bagi adik hehhe.....tah la ni da ckap ngan dia nak bagi dia adik...lai kuat ragam PAK LALAK dia tu .....huuhuhu..

Sempena BesdAy Akid ni...IBu ngan YAyah ..doakan akid panjang umur, murah rezeki , jadi anak yg soleh , anak yg taat pada ibu bapa dan AGAma...Anak yg berjaya dunia akhirat ...SemogA akid jadi contoh kepada adik2 akid kelak ....jadilah contoh yg terbaik tuk adik2...tolong jaga adik bile ibu yayah tiada lai di dunia ini .....AKID la harapan ibu ngan yayah....Ibu YAyah sayang akid...Permata terindah yg kami dpt dari Allah ....PErmata yg sempurna dan tak ternilai harga nya .....love u So MucH....

 abaikan Pemandangan belakang tu eh ..bilik cik chah yg semak hehe

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Yg MenYanyAt Hati

sabtu lepas satu malaysia gempar dgn tragedi yg menimpa rumah2 anak2 yatim di hulu langat selangor.....sebak yun tgk keadaan madrasah tu ....nak menitik air mata tgk keadaan manga2 kejadian .....macam2 keadaan ....16 org terkorban dlam kejadian tu ....mcam2 komen dr org2 ramai yg negatif dan positif tentang kejadian tu .....yg yun nak tekan kan kat sini ,....hope org ramai jagan la salahkan pengurusan madrasah tu ....yun paham keadaan dan situasi mereka yg menguruskan madrasah tu .....

.atas pengalaman yun sendiri .....adik yun pernah duduk dkt madrasah mcam ni selama 3 tahun dari form one .....my brother duduk di madrasah seperti ini dlaam kebun kelapa sawit ..punya la jauh setiap kali kami nak pergi melawat dia....keadaan dalam madrasah memang menyedihkan..mereka datg dari perbagai latar belakang yg paling kecil ketika itu tak silap yun dalam 3-4 tahun masih berhingus....mereka bertahan dengan ikhsan derma org awam dan atas dana parent yg hantar anak2 disitu .....tpi atas kemahuan parent yun nak jadikan adik seorg yg pndai dalam agama...kami tahan kan hati tgk keadaan dia di sana ...bile naik form 4 adik dipindah kan ke sek men biasa dia mana sek itu ade aliran agama ....sehingga la dia skrg da jadi seorg ustaz .

Sama la keadaan di madrasah itu ...mereka dtg dari pelbagai latar belakang bukan sahaja ade anak yatim, anak org tidak berkemampuan serta org yg berkemampuan juga ada..niat mereka adalah satu..supaya anak2 ini belajar tentang agama...ade hikmah nya kejadian ini berlaku...jika ia tidak berlaku banyak mana la badan2 kerajaan dan org2 atasan tahu dan ambil kisah tentang kewujudan mereka .....Semoga org2 atasan ini terpanggil untuk memberi sedikit perhatian atau masukkan sedikit dana dlam bajet belanjawan tahunan tuk golongan seperti mereka .....bukan atas dasar agama sahaja tp atas dasar kemanusiaan....lebih baik drpd duit itu dilsalur kan ke saluran yg tidak sepatut nya.......


yun tak sanggup nak paste gambar seterus nye.....sebak da ni ....


Akhir sekali ...Al Fatihah Buat mangsa yg terkorban , dan kepada keluarga mangsa semoga bersabar atas ujian Allah ....kite tak tau pulak ujian kite di masa hadapan .....

Wednesday, May 18, 2011

BABY TV ON ASTRO 618


skrg channel 618 der saluran baru untuk bby ..>>BABY TV...banyak ilmu bagus tuk bby2 tgk...siaran ni 24 jam ...setiap hari tapi sampai 30 september jek yerk kawan2 ...after that...kene bayar tak silap RM5.00...yun tak bukak lai ...dah baper ari cari siaran ni akhir nye jumpa jugak ....ptg ni balik nak try bukak tuk akid.....dia ni pesen tak suke tgk tv...ko buka la upin ipin ker mickey mouse ker.....dora and friend ker.....tak der makne nye dia nak berteleku depan tv tu ......bermain2 lai penting dr tgk tv...hahahah yg yun pasan feveret show dia....iklan2 kat tv...expiacialy iklan susu dia ANMUM..dan iklan DUMEX ..TERIMA KASIH IBU .....boleh berlari kalo dia dgr kuar iklan ni kat tv.....akid akid.....jagan lupa ek kawan2 .....bukak BABY TV...

Ni LinK dia..tp version obersea la ....>>http://www.babytv.com/

Tuesday, May 17, 2011

SelamAt ....Selamat ....

aper yg selamat nye tu ....???

-
-
-
-
-
-
-

1ST LY ...yun nak ucap kan SELAMAT HARI NURSE SEDUNIA....buat nurse2 tersayang di hati kami .......Puan Hjh RUpah Ibrahim( iBU ) ....terima kasih kerana menjaga kami di kala kami sakit sejak kami kecik hingga besa panjang ni ....buat adik ipar yg kecik molek  lin , makcik2 yun ..cik muna and cik siti .....buat kazen2 yun ...nurse2 yg chumel2 > Siti nurhuda, kak dino, ika ( termasuk jugak la eh ehheheh ) hurm siapa lai eh...yg yun ter lupa harap maaf ...nyway HappY NURSE DAY  buat semua....semoga anda semua diberkati oleh yG ESA, dan sentiasa sabar melayan karenah org sakit yg macam2 ragam huuhuhuh...

banyak pengorbanan nurse2 ni ...yun tgk jek ibu yun camne dia bersusah payah nak jaga patient2 dia...ade kekadang tu diaorg kene marah , kene caci, kene KOMPLEN, diaorg tetap sabar ....bukan senang nak mengahadap org sakit ni ...diaorg pun berisiko tinggi boleh berjangkit penyakit dari pesakit2 .......dulu mase kecik2 selalu teman kan ayah amik ibu dr kije ..dr kecik kiteorg da merasa suasana dkt hosp macam2 ragam ..pernah sekali tgh syok2 tgk tv dkt ER (emergency room) sementara tunggu ibu abis syif ..dtg ambulan bawa org eksiden ..pergh terpaku jugak mase tu tgk darah2 ..boleh pulak adik yun(sekrg da jadik Med Asst)..ajak pi ngintip kat dalam ER room tu ....berani tol dia ..yun teman kan kat tepi jek jauh2 tp still dgr org dlam tu mengerang2 kesakitan ...adoyai seram sejuk semua ade....hehheheh sebb tu yun tak leh jadi nurse hehehe kurang saba, Penakot and kureng nak duk spital tak tahan la bau2 ubat yg memening kan kepala hahahhah.kalo nak cite pengalaman dgn hospital + nurse sampai sok pun tak bis hehhe .Aper2 pun SELAMAT HARi NurSe  SedunIA ..SenyUM2 SeLALu yek ...
-
-
-
-
-
-

-
-
-
 Gambo kene seksi auwww....hehehhe

2nd thing is SELAMAT HARI GURU.........especially buat adik2 yun tersayang > cikgu afif ....and bakal cikGU .....Cikgu Aida..jadilah guru yg terbaik ...didik la anak bangsa dgn ilmu yg terbaik..jangan sesekali lalai dalam tugas mendidik ...and one thing jangan suka2 rotan and cubit2 anak murid eh heheheh..    teringat waktu dulu2 seboleh2 nak bagi cikgu hadiah walopun mase tu duit tak der.....yun ingat lai mase yun sek rendah mase tu da darjah 4 ke 5 camtu la....nak bagi cikgu hadiah tapi tak nak beli ehheh (kedekut)actually duit dulu mane ade....ade pun cukup2 nak beli makanan waktu rehat hahaha....ape lai yun dpt akal ( akal da pjg sikit mase tu ) yun kutip bunga plastik ibU ( ibu tau eh hehehh ) yun amik sekuntum bunga ni ..sekuntum bunga tu (mase ni ibu banyak jambangan bunga kat dalam umah)..amik bunga tu yun balut cantik2...balut pun pakai plastik buku ...(dulu plastik buku panjang kene potong sendiri sekrg da senang tinggal selotap jek kan)...pastu spray minyak wangi ibu ( ibu nye lai ) senyap2 hehehhehe buat kad sendiri lakai pencil kaler2 hah da siap ....bagi kat kat cikgu kesayangan mase tu CIKGU AIHA..rindu la kat dia.....zaman sekrg senang ...kedai 2 ringgit ade...kedai 5 ringgit ade...macam2 brg ade....tp yg pasti mesti cikgu2 dpt barg yg sama jek setiap tahun kan ehhehehh berdasarkan aper yg adik yun dpt ....takpe la yg penting keikhlasan anak murid tu tak kire la dia nak bagi aper ...bunga recycle ker, mug ker, sabun wangi2 ker event kad jek pon ....kene hargai..kerana diaorg amat sayang dan menghargai cikgu sebb tu diaorg sedaya upaya nak bagi cikgu2 penghargaan itu walopun kekdang tu tak seberapa pun .....

buat cikgu2 yg pernah mendidik yun dari memula mengenal Muqaddam En Samsir , yun di tadika ( Tadika Berek Polis Jasin), Sek Rendah (Sek Ren Keb Jasin), Sek Men( ek Men Keb Iskandar Shah, Jasin and Sek Men Tun Mamat Tangkak), lecturer Di IkM Sg.Petani, Kedah,Lecturer Di UTM Jalan Semarak KL >Puan rahmah (Dah macam mak yun sendiri) Lecturer Di iNstitut bina Usahawan KL dan buat semua Cikgu2 yg pernah memberi ilmu tak kira ilmu dunia or ilmu akhirat ....SELAMAT HARI GURU buat semua ...jasa kamu semua tidak terbalas hingga ke akhir hayat yun ....Semoga Tuhan memberkati kamu semua..amiin