saya mendaftar dgn >>

Sila LA CliCk Ya.....Tq So Much

Wednesday, May 11, 2011

TeH Owh Teh ....

hey kawan2 heheheh ..(ala2 upin ipin )....kali ni yun nak kongsi psal info kesihatan .....

Teh hijau > yun memang tgh amalkan minum teh hijau ni at least sekali dalam sehari ....kalo tak dpt pagi2 ..malam sebelum tido yun akan minum .cara minum rendam air suam (jgn air panas mendidih dikhuatiri air mendidih mengurangkan khasiat teh itu) jagan sesekali menambah susu ( nak buat cam teh tarik pulak eehehhe) sebb nye sama nanti susu boleh menjadikan teh hijau kurang berkhasiat , sebaik2 nye minum teh hijau ni tanpa gule ..diulangi TANPA GULA ye kawan2 ....rase memang pahit, lelama ok sedap jek.....so far alhamdulillah badan sihat lai .....jarang sakit ( insyallah ) pembuangan air besar dan kecil sangt lawas..yun amal kan minum teh hijau BOH ....lepas ni yun nak try cari teh putih (white tea) pula sebb white tea ni khasiat dia lebih baik dr green tea..........memang banyak khasiat nye teh hijau ni ....antara nye ...yun paste kat bawah ni eh ...rerajin la membaca heheh>>>

Teh Hijau (Green tea)

Teh yang diperoleh dari China dibawa ke Eropah terutama Belanda dan Perancis oleh pedagang-pedagang Portugis. Bagi sebahagian masyarakat Belanda pada ketika itu, teh dijadikan minuman kalangan bangsawan sahaja.

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
 Dan Lagi>>
  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok
Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Teh PutiH ( White tea )
Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.


Antara Teh yang tinggi khasiat nya 

Teh Peria >> 
 

  1. Peria juga mengandungi vitamin seperti Vitamin A, B1, B2, C dan Zat Besi. Penggunaan secara kerap dapat mencegah kebanyakan komplikasi seperti Hipertensi, Komplikasi Mata, Neuritis dan Kecacatan Metabolisme Karbohidrat.
  2. Peria bermanfaat bagi rawatan gangguan darah seperti masalah cepat marah, kudis, kegatalan, psoriasis, kurap dan penyakit kulat.
  3. Jus segar daripada Daun Peria boleh dijadikan ubatan berkesan untuk kolera peringkat awal serta lain-lain masalah seperti cirit-birit pada musim panas.
  4. Ekstrak daripada peria boleh melambatkan pertumbuhan atau penyebaran sel-sel kanser terutamanya kanser payu dara.

    *  tidak terlambat lagi jika kite sama2 nak jaga kesihatan ....teruatama nye kepada kaum2 IBu ....yg memang da tersedia sibuk dalam kerja2 seharian ......dan semoga info ini kite dpt menafaat kan bersama .....

Monday, May 9, 2011

untuk Mu IbU ....

UntuK Mu  IbU........................

 

besar pengorbanan yg Engkau berikan
tak satu’pun langkah’mu yg tak bererti di hidupku
kau keluarkan semua tenaga’mu untuk melahirkan’ku
meski semua yg terbaik telah ku berikan pada’mu
itu semua tak akan bisa menggantikan semua

    secoret kata ini, kutuliskan
    betapa besar pengorbanan’mu untuk anak’mu
    kini aku bisa memahami,
    betapa berartinya diri’mu di dunia’ku

tak mampu aku membalas semua pengorbanan’mu
hanya menghormati dan memberi yg terbaik untuk’mu
meski tak besar,meski pun tidak semahal mana......
aku terus berusaha untuk bisa membuat diri’mu tersenyum melihat anak’muIBU terimakasih, kasih dan pengorbanan’mu..

Namun memang tidak terbalas oleh ku hingga ke akhir hayat ku.....

we LoVe u Ibu.......

* Terima kasih ibu Pun Hjh Rupah hj Ibrahim...kerana melahir kan , membesarkan ku hingga aku menjadi seperti hari ini ....terima kasih ibu kerana memberikan kan ku peluang untuk bernafas di muka bumi Allah yg luas ini ....terima kasih ibu kerana memberikan ku kasih sayang  yg tidak ternilai dari intan berlian sekalipun .....Tidak terbalas oleh ku semua jasa2 mu membesar kan dan mendidik kami adik beradik ...TERIMA KASIH IBu

* Buat Mak mertua kU tersayang Hjh Ropidah Hj saad ...terima kasih mak kerana menerima ku , menyanyangi ku seperti anak mu sendiri ......terima kasih mak .....

*Anak Ku Muhammad akid Hafiy..Terima Kasih Ya Tuhan ku kerana memberikan ku peluang untuk bergelar ibu .....anak ku akid ...kehadiran mu amat bererti buat ibu .....hilang segala kesakitan bila melihat wajah tenang mu anakku...semoga ibu menjadi ibu yg terbaik untuk mu sayang ...akan ibu berikan kasih sayang dan didikan yg sempurna buat mu nak ...agar kamu tidak akan merasa ada kekosongan dalam kasih sayang ibu ......semoga kamu boleh menjadi abang yg baik buat adik2 .....amiin .....

Tuesday, April 26, 2011

MomS anD BabY expO

Buat  Ibu-IbU ...Bapak-BapAk.........yg nak menghabis kan duit2 terlebih  tu or nak cari keperluan bby sila la menyibukkan diri ke Expo moms and Bby ...KeterangAn seperti dia Bawah .........

Yun Mcam nak pi dah bertahun da ngadap iklan ni ...tapi asyik tak berkesempatan Jek nak Pi ......Macam Tak pAt pi JUgak la MinggU Tu ade Cousin Wedding pulak .....sesiapa yg pergi jagan lupa update kat Blog Ya..... 


Mom & Baby Expo 2011
6 - 8 May 2011 Halls 1, 2 & 3
Public - Free Admission

Thursday, April 21, 2011

Akid Nak Jugak JoiN Contest ..! Nak Menang Boleh .>???

rase nye da 2nd time ni akid nak join contest ....saje yun masukkan ....mane tau ade rezeki akido ......insyallah ..amiin

CONTEST : baby & daddy moment

Syarat - syarat:

1. MESTI follow blog D'La Maya
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik
3. Buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. Pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. Jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.
 hadiah Nye ...wow.....!!
1st price ~ items worth rm80
2nd price ~ items worth rm60
3rd price ~ items worth rm50
3 consolation prices ~ worth rm30
Closing date : 30 April 2011
Nama babY : MuhammAd Akid HafiY B. MuhamMAd Arif 
D.O.B : 26.5.2009

'have a great time wif yayAh'
"Wah Akid bAb2 camni memang Dia suke..Setiap Ptg pas amik dia mesti dia suruh yayah bawa pi padang belakang tu ......."


Okeh MoMies yg Di TaG ...jangaN lupA MasuK Yerk..:


MacAm - MacAm AkidO

entry kali ni kite layan gelagat akido eh .......


memBaca Satu AmAlan Yg Mulia 


TetaPi .....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jika MembacA sambil baring begini La Jadik Nye....huhuhuh





Nak MenoloNg iBu MasAk..Tapi Aper kes MasAk atas sofa.....Akid Akid 


 KEsayAngAn........


 Akid NI kan Kalo Da mengantUk Mcam2 gaya dia tido...tido duduk pun pernAh ...huhuh



 and LAst ....For Untie2 tersayang ......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

babai .......

Tuesday, April 19, 2011

Amalan Zikir harian

Untuk Ingatan diRi Sendiri  ....

HARI AHAD:          Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )

HARI ISNIN:           La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )

HARI SELASA:       Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi  wasallim ( 1000 X )

HARI RABU:            Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )

HARI KHAMIS:       Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )

HARI JUMAAT:       Ya Allah ( 1000 X )

HARI SABTU:           La ilaha illallah ( 1000 X )

ketidakpuasan hati

cerita bab ketidakpuasan hati ....

kenapa eh ade manusia yg suke sngt cari pasal dlm dunia ni
kenapa eh ade manusia yg  buat peraturan tapi diri sendiri tak ikut peraturan
kenapa eh ade manusia yg tak suke tgk org lain senang
kenapa eh ade manusia yg ckp depan lain belakang lain (talam bertalam2 muka)
kenapa eh ade manusia yg suke ckap belakang dari face to face dgn manusia lain
kenapa eh ade manusia yg sering cari pasal dalam dunia ni
kenapa eh ade manusia yg suke create politik dlam dunia pekerjaan semata2 nak mengerjar pangkat
kenapa eh ade manusia yg tak reti nak menghormati org lain

situasi yg yun pernah alami  dan yg yun dgr dari org sekeliling yun.......
manusia..manusia.......takpe la yg penting kite tahu diri kite siapa , aper yg kite buat, dan lai satu .....jagan pijak kepala org lain semata2 untuk kesenangan diri sendiri ...